HAIKAL SULAIMAN

Dalam blog kali ini, saya rasa tertarik untuk berkongsi serba sedikit tentang Haikal Sulaiman.

Haikal Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Solomon's Temple dikatakan tempat pemerintahan Dajjal pada hari pembangkitannya kelak.

Satu ketika dahulu Haikal Sulaiman pernah didirikan dan banyak kali telah dimusnahkan dan akhirnya ditimbus.  Dikatakan juga bahawa Haikal Sulaiman masih terdapat di bawah tapak Masjidil Aqsa.  Oleh itu, orang-orang Yahudi tekad untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa dan membina semula Haikal Sulaiman.  Pelbagai langkah dan cara telah dilakukan oleh kaum Yahudi untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa, mereka juga bijak mengaburi mata dengan menggunakan tipu helah mereka untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa. 
Antaranya; mereka berpura2 sebagai pengkaji arkeologi dengan membuat terowong di bawah Masjidil Aqsa.  Di sebalik terowong tersebut mereka mulakan tipu helah mereka.  Mereka juga berharap agar dengan penggalian terowong tersebut, struktur tanah Masjidil Aqsa akan menjadi tidak stabil.  Mereka juga mengalirkan sejumlah air yang banyak dengan bertujuan untuk mengoyahkan kekuatan dasar tanah Masjidil Aqsa agar kedudukannya tidak stabil dan akhirnya akan runtuh.  Kaum Yahudi ini juga pernah merancang untuk membakar Masjidil Aqsa.
Sehingga kini mereka (kaum Yahudi) masih berjuang untuk membina Haikal Sulaiman di tapak Masjidil Aqsa.